Thursday 8 December 2011

Wanita, jagalah diri anda..


berdoa pic1 286x300 Wanita, jagalah diri anda..


Menjaga kebersihan adalah sebahagian dari iman. Menjaga kebersihan diri juga adalah satu ibadah. Jika wanita menitikberat akan kesihatan dan kebersihan diri akan menjaminkan keluarga yang bahagia. Sesuatu yang bagus dan berharga akan segera pudar keindahannya ketika dibiarkan kotor tak terawat. Firman Allah SWT bermaksud

“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan dirinya.” (QS Al-Baqarah: 222).

Mahkota wanita adalah harta yang tak ternilai bagi seorang wanita, oleh kerana keharmonian suami isteri dalam berumahtangga sangat dipengaruhi oleh mahkota wanita. Jika mahkota bermasalah, maka wanita sulit mendapatkan keturunan. Wanita senantiasa menjaga wajahnya agar tetap kelihatan cantik, tetapi kecantikan wajah tidak bererti apa-apa jika mahkotanya bermasalah.

Bahawa pada saat ini wanita lebih banyak mengeluarkan ratusan bahkan ribu setiap bulannya untuk menjaga agar wajahnya tetap cantik dan bersih. Tetapi banyak yang lupa merawat mahkotanya….!! Namun saat ini banyak wanita sering mengabaikannya, lebih mementingkan perawatan wajah dari pada mahkotanya.

Kes Kematian
Untuk mengurangkan kes kematian wanita seramai 73 orang setiap tahun di singapura – agak tinggi bagi negara sekecil singapura. kadarnya ialah sebanyak 270,000 kematian di seluruh dunia setiap tahun

“Usaha sama disebut mengatasi masalah Barah Pangkal Rahim atau Power Over Cervivcal Cancer (POCC) itu bertujuan antaranya menarik 18,000 wanita, atau 1 peratus daripada 1.8 juta wanita berusia 10 hingga 25 tahun di singapura,menjalani ujian risiko mereka mendapat pangkal rahim. “,(kutipan berita harian, julai/2009).

Satu kajian kesihatan yang dijalankan disini pada 2007 menunjukkan bahawa hanya 59.2 peratus wanita tempatan menjalani ujian pap smear dalam tiga tahun lalu, Lantas ini menunjukkkan bahawa walaupun pengetahuan mengenai pap smear adalah meluas, kebanyakkan wanita enggan tampil untuk menjalanlaninya.
Ini perlu untuk mengurangi kes kematian wanita seramai 73 orang setiap tahun di singapura – agak tinggi bagi negara sekecil Singapura. Kadarnya ialah sebanyak 270,000 kematian di seluruh dunia setiap tahun.

1. Lakukan pemeriksaan
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.
sadari5 Wanita, jagalah diri anda..
2. Pembedahan
Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada ‘hatinya’.

3. Senaman
Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.
Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.

4. Urutan
Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

5. Bersihkan payudara
Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

6. Penggunaan Coli
Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.
pakai+coli Wanita, jagalah diri anda..

7. Penyusuan
Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan. Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

8. Ramasan
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.

No comments:

Post a Comment